Powered By Blogger


Sunday, February 28, 2010

Senario Penyakit Jantung di Malaysia

Penyakit koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara , Australia , New Zealand dan Eropah. Bahkan diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia adalah disebabkan oleh serangan jantung. Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75 peratus pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital. Persoalannya berapa ramaikah rakyat di negara ini mengetahui dengan jelas mengenai CHD) dan siapakah golongan berisiko menghidapi penyakit berbahaya ini? "Jawapannya mudah sesiapa pun berisiko untuk diserang CHD kerana penyakit ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup seseorang," kata Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Selangor, Dr. Haizal Haron Kamar. Beliau berkata demikian pada satu ceramah sempena majlis memeteri perjanjian pengedaran V-Patch, sistem penganalisis degupan jantung terbaru, antara V-Patch Medical Systems Pty. Ltd. dengan OGAWA World Berhad, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menjelaskan lebih lanjut mengenai CHD, Dr. Haizal berkata, secara mudah ia dirujuk sebagai serangan jantung berpunca daripada penyumbatan pada pembuluh darah yang sepatutnya berfungsi membawa bekalan darah dan oksigen ke jantung. Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah. Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti dan amalan gaya hidup tidak sihat. "Secara umum penyakit diabetis memang boleh menjadi punca penyakit-penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang, neuropati strok, masalah penglihatan dan seterusnya serangan jantung atau CHD. "Senario di Malaysia ketika ini menunjukkan sebanyak 14.9 peratus orang dewasa berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetis. "Dari situ kita sudah boleh meramal potensi serangan CHD di kalangan rakyat negara ini. Itu belum lagi melihat golongan yang menghidap penyakit darah tinggi dan yang turut berisiko diserang sakit jantung," ujarnya. Menurut Dr. Haizal, mengikut perangkaan sebanyak 4.8 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 64 peratus daripada jumlah tersebut tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut. Kandungan kolesterol yang tinggi juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung. Keadaan ini berlaku apabila kolesterol yang terkumpul menyumbat pembuluh darah yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung. "Kandungan kolesterol berkait rapat dengan makanan yang kita ambil. Sebab itu pada awal tadi saya sudah nyatakan bahawa serangan jantung sedikit sebanyak ada kena mengena dengan gaya hidup seseorang. "Begitu juga dengan faktor obesiti yang menjadi salah satu punca utama serangan jantung di negara ini. "Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Noncommunicable Disease Surveillance 2005/2006, sebanyak 48.6 peratus orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes kerana tidak bersenam. "Lebih membimbangkan apabila jumlah rakyat negara ini yang mengalami obesiti meningkat lima kali ganda melibatkan golongan yang berusia 40 hingga 49 tahun," katanya. Dr. Haizal berkata, obesiti sangat berkait rapat dengan penyakit jantung kerana lemak badan yang berlebihan akan terkumpul di sekeliling jantung dan mengganggu salur darah. Satu lagi faktor punca serangan jantung yang tidak boleh dipandang ringan ialah tabiat merokok. "Sebanyak 25.5 peratus rakyat Malaysia merokok dan ini meningkatkan lagi risiko serangan jantung di kalangan mereka," jelasnya Menjelaskan mengenai simptom serangan jantung, menurut Dr. Haizal, ia boleh dikenal pasti melalui beberapa simptom yang jelas namun ada kalanya juga serangan berlaku tanpa sebarang simptom. Antara simptom yang biasa berlaku ialah rasa sakit atau tidak selesa terutama dari bahagian tengah dada hingga ke leher dan lengan tangan kiri. Rasa sakit turut disertai dengan berpeluh yang banyak serta rasa terumbang ambing. Kesakitan itu berlaku disebabkan ketika itu jantung tidak mendapat bekalan darah atau oksigen yang mencukupi. Pesakit mungkin berasa seperti dada mereka ditekan atau jantung seperti diramas orang. "Bagaimanapun perlu diingatkan tidak semua serangan jantung datang dengan cara begini. Jadi cara yang terbaik untuk mendiagnosis CHD ialah seperti melalui ujian Elektro Cardio Gram (ECG), ujian tekanan senaman, echo kardiogram, koronari angiogram dan imbasan MRI. Rawatan CHD Dr. Haizal berkata, setakat ini salah satu rawatan terhadap pesakit CHD ialah dengan pengambilan ubat-ubatan berdasarkan kepada arahan doktor. "Kaedah kedua ialah dengan pembedahan pintasan (bypass) iaitu urat di bahagian kaki akan dipotong dan disambung pada arteri di bahagian jantung yang tersumbat. "Satu lagi teknik ialah dinamakan angioplasty, iaitu teknik teknik di mana ruang dalam arteri yang sempit dibuka dengan menggunakan sejenis tiub khas yang boleh meregang bagi pengaliran darah dan oksigen yang lebih baik," katanya. Beliau juga menyarankan pesakit yang telah disahkan menghidap penyakit jantung agar mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat. Pertamanya, boleh dimulakan dengan bersenam setiap hari, makan secara sihat dan seimbang. "Bagi yang merokok sebaiknya hentikan tabiat itu serta merta dan kurangkan tekanan dalam kehidupan harian. "Jika mereka masih tidak mempunyai insurans kesihatan, saya sarankan cepat dapatkan insurans yang baik dan akhir sekali mestilah berjumpa dengan doktor," katanya. Dalam pada itu pengesanan awal terhadap degupan jantung tidak normal boleh mengurangkan implikasi lebih tragik terhadap pesakit jantung. Justeru pengenalan V-Patch Medical Systems (V-Patch) sebagai penganalisis degupan jantung dianggap lembaran baru bagi membantu pesakit jantung. Pengasasnya, Peter Taylor berkata, penciptaan V-Patch membolehkan pakar perubatan membuat pengesanan awal dan diagnosis yang lebih baik untuk pesakit mereka. "Sistem ini telah dibangunkan dan diuji di beberapa buah negara di dunia. Bukan itu sahaja, rangkaian telefon selular yang digunakan dalam sistem pengesanan V-Patch ini juga telah diuji di sembilan buah negara di seluruh dunia," jelasnya yang bertanggung jawab menzahirkan idea penghasilan V-Patch tersebut. Menurut Taylor V-Patch ini amat peka dan dapat mengesan serta mengenalpasti rentak degupan jantung si pemakai. "Apa sebenarnya yang dilakukan oleh V-Patch ialah merekod masa sebenar rentak degup jantung sekali gus menentukan sama ada pemeriksaan lanjut diperlukan. "Jadi, mereka yang memakai V-Patch ini mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk diri mereka," jelasnya pada majlis yang sama. Sementara itu pengarah eksekutif V-Patch Medical System Pty. Ltd., Luke Whelan menerangkan bahawa alat tersebut merangkumi tiga peralatan iaitu pelekat yang dilekatkan di bahagian dada (V-Patch), sejenis alat pengesan yang juga dilekat ke dada (V-Pod), alat transmisi bersaiz umpama telefon bimbit (V-Cell) dan maklumat disalurkan ke internet menerusi V-Central. "Doktor akan mendapat pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel dari sistem V-Sentral dia boleh melihat graf yang menunjukkan degupan jantung pesakit mereka. "Alat ini berguna untuk sesiapa sahaja yang pernah pengsan, rasa tidak stabil, terhuyung hayang, sesak nafas, degupan jantung amat kuat, degupan jantung tidak sekata, degupan jantung laju atau perlahan," katanya. Dengan adanya alat tersebut beliau percaya pesakit akan lebih proaktif dengan doktor mereka kerana ternyata mencegah lebih baik daripada merawat.

Takaful

Takaful Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan. Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen penubuhan Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi kewangan yang layak seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah memudahkan masyarakat membuat pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan yang adil, telus dan efisien.Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi 'Amru Jarir bin Abdullah r.a. yang memuji tindakan sedemikian rupa di mana mafhumnya berbunyi: Barang siapa yang menunjukkan (mempermudahkan sesuatu urusan) perkara kebaikan, maka baginya pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya. (riwayat Muslim)Jika sebelum ini, umat Islam tidak mempunyai pilihan malah terpaksa menerima sistem yang bercampur-baur dengan sistem yang tidak senada dengan Islam. Keadaan ini mewujudkan kegelisahan dan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam. Namun kini, alhamdulillah, kemunculan Sistem Kewangan Islam dengan pelbagai inovasi seolah-olah menjadi 'penyelamat' kepada umat manusia daripada terus-menerus dibelenggu oleh sistem yang hanya meletakkan keuntungan duniawi semata-mata.Malangnya, ada juga sesetengah pihak yang masih berat hati untuk turut serta menyokong dan melibatkan diri dalam memajukan sistem Islam ini dengan mencipta seribu satu alasan. Malah, ada juga suatu golongan yang cuba untuk memburukkan imej Sistem Kewangan Islam ini dengan cubaan-cubaan halus bagi melumpuhkan usaha murni ini. Kepada golongan tersebut, diperingatkan satu firman Allah yang bermaksud: Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Ibrahim: 3)Sebagaimana yang dimaklumi, institusi Takaful sebagai contohnya, adalah merupakan Institusi Perlindungan (Insurans) yang berteraskan prinsip Islam. Institusi ini selayaknya disokong dengan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan suatu sistem yang menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada ummah. Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan yang tidak boleh disangkal lagi berbanding dengan sistem perlindungan konvensional. Di bawah sistem perlindungan takaful para peserta yang menyertai mana-mana-mana pelan perlindungan diprogramkan untuk sama-sama mempraktikkan konsep tolong-menolong yang diredai Allah untuk sama-sama meringankan beban rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan. Semangat ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, tidak sombong malah mereka akan sentiasa prihatin kepada persekitaran mereka..Islam sangat menggalakkan umatnya agar tolong menolong dalam perkara kebaikan seperti yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam ayat 2 surah al-Maidah, maksudnya: … hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…Sistem takaful juga bebas dari unsur-unsur gharar (syubhat), riba dan juga maisir (judi). Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud bahawa sistem takaful adalah satu sistem yang telus , tidak menyembunyikan fakta dan tidak mengamalkan seperti pepatah Melayu "ada udang di sebalik batu". Di antara nilai negatif di sebalik unsur riba adalah mengambil kesempatan, menindas golongan yang dalam kesusahan dan mengeksploitasi untuk kepentingan sendiri. Oleh itu, tidak hairan apabila kita melihat pengamal sistem yang berteraskan riba ini mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri, sanggup menindas orang lain , sentiasa mencari jalan untuk mengumpulkan kekayaan sendiri dan lebih dahsyat lagi tiada perasaan belas kasihan dalam diri mereka. Hal ini sebaliknya berlaku, dalam sistem Takaful yang tidak mengamalkan riba, nilai-nilai tanggungjawab bersama, tolong menolong dan menjaga kemaslahatan umum menjadi keutamaan. Begitu juga dengan unsur maisir. Unsur ini menjadikan pengamalnya tamak dan rakus tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain. Sistem Takaful yang tiada unsur ini sebaliknya mementingkan semangat persaudaraan dan kepentingan bersama sebagai satu teras yang menunjangi aktivitinya.Menerusi sistem Takaful seseorang peserta itu juga dapat melakukan amalan yang sangat terpuji dalam Islam iaitu dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi amalan tabarru' (derma). Dalam sistem takaful setiap peserta akan memperuntukkan sebahagian atau semua daripada sumbangannya untuk didermakan bagi membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.Derma dalam sistem takaful ini adalah derma kelas pertama. Ini kerana menerusi sistem ini seseorang peserta dapat melakukan derma dengan ikhlas sebagaimana derma yang dituntut oleh Islam.Ia seperti yang digambarkan dalam sabda baginda daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda, Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada sebarang naungan melainkan naungan Allah, pemimpin yang adil, pemuda yang hidup dalam ibadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang berkedudukan dan cantik lalu dia berkata sesungguhnya aku takut kepada Allaah dan seorang lelaki yang melakukan sedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah secara bersendirian lalu bergelinangan air matanya. (Muttafaqun 'alaih)Namun perlu ditegaskan keistimewaan konsep ini adalah ia tidak hanya bermanfaat kepada orang Islam semata-mata. Sebaliknya, ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama.Sistem takaful juga menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memainkan peranan sebagai pendakwah yang berusaha mengembangkan produk muamalat Islam dengan menyertai dan menyokong sistem ini.Ini kerana takaful adalah alternatif kepada sistem insurans konvensional sebagaimana yang disimpulkan oleh Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Islam Di Malaysia 1983.Malah masyarakat juga berpeluang melakukan jihad menentang sistem jahiliah (sistem perlindungan konvensional) yang telah difatwakan haram menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972.Pada masa yang sama apabila menyertai sistem yang berteraskan sistem Islam ini sebenarnya ia memberi peluang untuk beribadat yang merupakan satu menifestasi pengabdian, kepatuhan dan ketundukan kepada perintah Allah yang memerintahkannya supaya melakukan makruf dan meninggalkan mungkar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 25.Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk kita melibatkan diri dan bekerjasama untuk memartabatkan sistem takaful ini.Sokongan padu diperlukan dari semua pihak agar hasrat murni untuk memerdekakan umat manusia daripada terus berada di bawah cengkaman sistem yang bersifat duniawi semata-mata kepada sistem yang boleh membawa kesejahteraan duniawi dan ukhrawi. Kini dengan adanya kemudahan kewangan Islam seperti perbankan dan takaful di pasaran yang ternyata lebih baik dan lebih menjamin kemaslahatan, maka ianya bukan lagi menjadi pilihan yang lebih baik malah, ia telah menjadi satu tuntutan atau kewajipan untuk memilih kemudahan kewangan Islam ini.

CARD TAHUKAH ANDA??
MENURUT KAJIAN, 85% RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA MELAYU TIDAK MEMPUNYAI PERLINDUNGAN KAD KESIHATAN HOSPITAL ! ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADANYA? JANGAN BIARKAN KOS PERUBATAN YANG TINGGI MENGHAMPAKAN ANDA!!. MOHONLAH KAD KESIHATAN TANPA TUNAI SEKARANG SEMENTARA ANDA LAYAK UNTUK MEMOHON. ADAKAH ANDA BERSEDIA JIKA HARI INI ANDA DISAHKAN MENGHIDAP SALAH SATU DARI PENYAKIT-PENYAKIT DIBAWAH INI? PENYAKIT KRITIKAL & KOS PERUBATAN:
KANSER RM 100,000 – RM 150,000
PENYAKIT HATI RM 45,000 – RM 180,000
SAKIT JANTUNG RM 30,000 – RM 120,000
KEROSAKKAN BUAH PINGGANG RM 50,000 – RM 200,000
VIRUS HEPATITIS RM 35,000 – RM 150,000
PEMINDAHAN ORGAN UTAMA RM 100,000 – RM 300,000
FAEDAH-FAEDAH MedicaLife 2007:
- HAD TAHUNAN DAN HAD SEUMUR HIDUP YANG TINGGI (HAD KREDIT SEUMUR HIDUP RM600,000)
- PEMBAHARUAN TERJAMIN (SEHINGGA USIA 80 TAHUN)
- TIADA JADUAL PEMBEDAHAN TERBATAS
- RAWATAN PESAKIT LUAR KANSER DAN DIALISIS BUAH PINGGANG
- 93 BUAH HOSPITAL PAKAR YANG MENJADI PANEL
- BIAYA PENGINAPAN DAN PERKHIDMATAN
- RAWATAN PESAKIT LUAR UNTUK KEMALANGAN & KECEMASAN
- PERLINDUNGAN 24 JAM DI SELURUH NEGARA


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 012-9292920
Lindungi pendapatan anda sebelum terlambat!

Penyebab Hilang Upaya Kekal

Penyebab hilang upaya kekal:

DI Malaysia, penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, barah payu dara, barah serviks dan sakit jantung merupakan antara penyakit kronik yang banyak membawa maut.
Tetapi bagi wanita yang mencecah umur 45 tahun (perempuan) atau telah menopaus dan 50 tahun bagi lelaki, anda sepatutnya menjadi lebih prihatin dengan tahap kesihatan kerana selain penyakit tersebut, terdapat sejenis lagi penyakit yang mampu membawa maut.
Ini tidak bermakna setiap kali pemeriksaan kesihatan dilakukan anda cuma memeriksa tahap kandungan gula dalam darah, tekanan darah, jantung serta beberapa lagi pemeriksaan kesihatan yang lain kerana tanpa anda sedari, anda mungkin mengalami penyakit tulang rapuh.
Walaupun penyakit ini hanya dialami oleh golongan tua terutama wanita dan juga dikatakan sebagai 'penyakit senyap', tetapi ia sebenarnya merupakan satu penyakit yang diklasifikasikan sebagai penyakit kronik.
Menurut Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr. Lee Joon Kiong, penyakit tulang rapuh yang dihidapi golongan wanita hari ini makin membimbangkan.
''Penyakit ini lebih mudah dialami wanita menopaus kerana ovarinya berhenti menghasilkan estrogen, iaitu hormon yang mempertahankan kepadatan jisim tulang.
''Bagi wanita yang mengalami menopaus, risikonya adalah dua kali ganda kerana disebabkan hubungan selari di antara estrogen dan ketumpatan tulang.
''Ketumpatan tulang akan menurun bersama-sama tahap estrogen yang semakin berkurangan,'' ujarnya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tambah beliau, oleh kerana kehilangan jisim tulang berlaku tanpa sebarang tanda, osteoporosis biasanya tidak dapat dikenal pasti beberapa tahun lamanya sehingga seseorang itu mula mengalami masalah keretakan atau patah tulang.
Akibatnya, individu berkenaan semakin kurang ketinggiannya, rasa sakit dan tubuh membongkok.
Tulang merupakan struktur hidup dan memerlukan tenaga (makanan) berterusan untuk mengekalkan bentuk dan fungsinya.
Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan luar yang keras dan kuat (corticol) dan bahagian dalam yang lembut (trabecular).
Dalam kes ini, tulang akan melalui perubahan berterusan dan boleh diganti secara semula jadi sekiranya rosak, tetapi semakin kita berusia, kemampuan itu akan berkurangan malah proses penggantian lebih lambat daripada kerosakan yang dialami.
Tulang bukan sahaja berperanan melindungi organ yang penting, tetapi juga menyediakan struktur sokongan untuk otot serta menyimpan keperluan kalsium untuk kepadatan dan kekuatan tulang.
Terang Dr. Joon Kiong lagi, masa terbaik untuk memulakan pembinaan tulang ialah ketika usia remaja hingga ke usia 30 tahun, iaitu saat pembinaan dan penyimpanan kepadatan tulang berada pada tahap paling baik dan berkesan.
Berbanding lelaki, keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita pada nisbah empat (wanita) perseorang (lelaki) terutama wanita yang telah menopaus disebabkan kadar hormon estrogen yang semakin menurun.
Bagaimanapun di Malaysia, dianggarkan satu juta orang berhadapan risiko untuk menghidapi osteoporosis.
''Apabila osteoporosis berlaku, ia akan menyebabkan tulang menjadi lemah, mudah patah, struktur tulang belakang akan berubah dan tidak mampu menampung bebanan berat.
''Tulang-tulang yang sering diserang masalah ini ialah tulang belakang yang menyebabkan tubuh seseorang itu membongkok serta tulang tangan dan tulang pinggul yang berfungsi menyokong berat badan seseorang,'' katanya yang juga merupakan doktor pakar pembedahan ortopedik.
Dalam masa yang sama, ujar Dr. Joon Kiong, hampir 25 peratus daripada pesakit keretakan tulang pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun sementara kira-kira 50 peratus pesakit akan hilang upaya kekal.